Kadang-kala terasa boring jika kehidupan sentiasa di dalam keadaan yang sama. Tiada perubahan yang membuatkan kita berasa seperti kehidupan sentiasa berubah. Kalau tak paham tak apa. Biar yang menaip sahaja yang paham.
Apalah nama kehidupan jika tiada dugaan. Manusia di jadikan berlainan rupa, kadang kala kita tersalah pandang dan mengangap ia adalah ia. Bermaksud, sekali pandang macam dia, tapi dua kali pandang owh rupa nya lain. Jadi jangan la kita cepat mentafsir atau mempercayai sesuatu perkara yang kita belum pasti.
Setiap apa yang berlaku, pasti ada balasan serta pengajaran. Cuba lah menjadikan diri sendiri walaupun kadang-kala kita harus mendengar kata orang. Ambil yang jernih buang yang keruh.Pedulikan kata mereka yang hanya ingin melihat kita tersungkur atau terjatuh.Meraka yang melakukan sedemikian hanya dengki.
Jangan sesekali mudah berputus asa, kerana manusia sentiasa melakukan kesilapan. Yang paling penting, kenalah selalu ingat pada tuhan, asal usul kita, mereka yang membesarkan kita dan kesilapan yang berlalu di jadikan pengajaran.
sekian.
Competency Modeling
9 years ago
0 comments:
Post a Comment