Pada hari isnin lalu, ada satu kejadian yang tak lah pelik sangat. Tetapi kejadian ini membuat kan iema susah nak tido. Dua hari dua malam tau nak lupakan peristiwa ini.
Macam ni, pagi-pagi macam biasa lah bangun dalam kul 6.00. Pergi toilet basuh muka dan ambil wuduk nak solat subuh. Sesudah solat, iema sambung la tido kejap ;). Dalam pukul 7 lebih iema bangun balik. Macam biasa bangun tido, kemas katil dulu, pastu terus ke toilet nak mandi la, dalam setengah jam pastu habis.
Kemudian masuk bilik pakai pakaian, Parents iema keluar pagi-pagi pergi minum, adik keje, kakak tak bangun lagi. Iema pergi ke dapur dan menuang kan air ke dalam gels, duduk dan minum. Kemudian macam biasa la iema tengok kain kalau dah basuh nak letak dalam bakul, nak sidai.
Iema tengok dah habis basuh, iema pun letak lah kain-kain tersebut ke dalam bakul. Kemudian iema ambil baju yang belum basuh letak dalam mesin basuh, selepas itu iema letak sabun, dah letak sabun iema letak la pelembut. Ni lah mulanya kejadian. Masa iema ambil pelembut iema tak ada perasan apa-apa,tapi masa iema letak balik botol pelembut kat atas rak, tiba-tiba iema terdengar bunyi lebih kurang macam ni la (ploot). Aaaaaaaaah iema macam terkejut, and iema pun usya la belakang botol tu, rupa-rupa nya iema tak perasan ada CICAK!. Iema tolak botol tadi dah kena cicak. Cicak tu terpenyik dan melekat di dinding.
Ieeee seram pun ada, masa menaip ini pun bulu roma tangan iema pun naik. Masih terbayang-bayang la cicak tu. Geli la, sampai sekarang belum ada yang buang :D
kalau korang berani datang lah rumah iema, tolong buang kan CICAK! yang terlekat belakang botol ;)
Cukup di sini sahaja...
Sekian.
Iema Shaker ;)
Competency Modeling
9 years ago
0 comments:
Post a Comment