Tuesday, February 24, 2009

Masa kini


Hati kecil ku ini, kadang-kala berbicara. Aku manusia biasa, ingin kan kehidupan yang sama seperti manusia lain. Tapi aku kena sedar bahawa manusia cara hidup berbeza. Tapi aku bukan ingin kan kehidupan yang betul-betul sama. Cuma aku ingin kan rasa yang manusia lain rasakan. Kasih sayang antara orang yang di sayangi. Keluarga dan teman-teman ku.

Memang aku dapat kasih sayang tersebut, tapi aku rasa seperti aku tidak layak untuk menerimanya. Kenapa? Itu la soalan yang sering kali bermain di pikiran ku. Sejenak aku melanguk kan kepala dan berfikir, mungkin aku bukan lah sepandai mana atau secantik mana. Tapi aku rasa kan diri aku belum cukup sempurna.

Mungkin pemikiran aku agak sedikit cetik. Tapi masa berlalu dan aku makin matang, aku cuba untuk mentafsir diri aku sendiri. Setelah apa yang aku lalui kini, baru aku menyedari bahawa selama ini aku hanya bergantung harapan kepada orang. Kini aku mula menjadi diri sendiri dengan melakukan sesuatu tanpa mengharap bantuan orang lain. Usaha sendiri sehingga lah aku betul-betul memerlukan.

Aku cuma masih di dalam kebuntuan.

0 comments: