Wednesday, March 4, 2009

Wayang


Hai kawan-kawan, iema ada cerita sikit nak kongsi bersama korang. Iema ada keluar dengan kawan iema pergi menonton wayang, Mula-mula kita orang cadang nak tengok citer lain. Tapi dah tak kuar, so terpaksa lah tengok satu cerita ni.

Iema memang tak berkenan sangat citer tu, tpi tengok je la. So pas makan kita orang terus ke panggung. Bila dah boleh masuk, kita orang masuk dan jalan terus ke panggung num (rahsia). Masa kita orang masuk tak ramai lagi yang ada. Lepas tu orang mula datang, tapi memang tak ramai la yang tengok cerita ini.

Kemudian dalam 15 minit, cerita pun start. Mula-mula cerita biasa lah, ok skit. Pastu ingat akan lebih best. Tapi boring lagi adalah. Entah cerita seram apa la yang ada. Bila sound seram je naik bulu roma. Kalau sound tak de, memang tak takut langsung pun. Jalan cerita macam tak menarik. Last pun entah apa-apa. Serius membosan kan.

Ini macam cerita kelakar bukan cerita seram hehehee, pas habis tengok, iema dengar ramai lah yang cakap 'cerita apa ni?', dan macam-macam lagi. Tapi apa pun iema tabik la sebab di Malaysia pun makin berani nak buat cerita-cerita seram ni. Tapi jalan cerita dan pelakon kena lebih 'Mantop' ok.

Apa pun semoga industri perfileman Malaysia akan terus maju dan lebih mendapat sambutan di masa akan datang. Semoga artis-artis di Malaysia akan terus berusaha memberi yang terbaik dari yang baik.

Sekian...

Tamat..... Terima kasih kerana sudi membaca ;)

Salah silap harap di ampun kan...


Tuesday, March 3, 2009


MYSPACE Iema


Mereka antara teman yang sentiasa melayan kerenah iema ketika menggunakan myspace. Sayang korang.. Selama mengenali korang, iema rasa happy sangat2. Tak lah sunyi hidup ini jika sentiasa di kelilingi teman-teman.


Tuesday, February 24, 2009

24 FEB 08


Keluar bersama rakan baik ku, biarlah hanya di kenali sebagai 'S'. Dia rapat jugak dengan aku dan sering berkongsi sesuatu dengan aku. Aku juga begitu. Walaupun hari ini aku tidak berapa sihat. Namun aku kuat kan semangat untuk keluar bersama-sama.

Kita orang jalan-jalan sampai penat. Makan-makan... Lepak bersama-sama dan berkongsi cerita yang menarik. Memang best sangat. Dapatlah aku lupakan sejenak penyakit yang aku tanggungi.

Masa berlalu sungguh cepat.(Masa cemburu dengan aku ;p). Kita orang terpaksa berpisah hehee.. Balik rumah masing-masing. Aku rasakan aku sangat gembira. Walaupun macam tidak puas lepak, malam-malam kita orang akan YM hehee...
Kadang-kadang la.


Okey la ini sahaja yang dapat aku kongsi dengan korang semua. Jaga diri masing-masing elok-elok.


Jumpa lagi nanti, jika panjang umur amin.

SIAPA KAWAN?


Kawan itu apa? Sering kali aku lontarkan soalan ini kepada diri aku sendiri. Aku cuba mendalami pengertian kawan yang sering orang kata kan, kawan adalah sahabat atau teman yang akan sentiasa membantu kita atau memberi sokongan jika kita memerlukan.

Tapi
aku masih tidak merasakan apa yang di katakan itu benar. Bukan semua tapi sesetangah nya. Kerana dari apa yang aku lalui, aku betul-betul paham yang kawan hanya memerlukan kita bila mereka terdesak. Bila meraka merasakan mereka perlu pertolongan kita. Tapi bila mereka senang, mereka lupa akan kita. Kita yang mereka angap 'Kawan'!.

Owh adakah semua sama?. Aku harap tidak semua sama. Kerana jika semua manusia begitu, ermm tak tahu lah aku apa yang akan terjadi.
Aku betul-betul kecewa dengan sikap tut... Aku rasa kan aku hanya kawan perhiasan mereka. Tapi kenapa? Kenapa ini harus terjadi kepada diri aku?

Semoga aku mendapat kawan yang lebih memahami aku. Kini aku rasakan kawan aku hanya lah Keluarga aku.
Kawan yang baik susah di cari. Tapi kawan makan kawan pergh memang senang sangat nk jumpa.


Thank kawan-kawan yang mengenali diri ku.!


Siapa makan cili... Terasa lah tu..


Masa kini


Hati kecil ku ini, kadang-kala berbicara. Aku manusia biasa, ingin kan kehidupan yang sama seperti manusia lain. Tapi aku kena sedar bahawa manusia cara hidup berbeza. Tapi aku bukan ingin kan kehidupan yang betul-betul sama. Cuma aku ingin kan rasa yang manusia lain rasakan. Kasih sayang antara orang yang di sayangi. Keluarga dan teman-teman ku.

Memang aku dapat kasih sayang tersebut, tapi aku rasa seperti aku tidak layak untuk menerimanya. Kenapa? Itu la soalan yang sering kali bermain di pikiran ku. Sejenak aku melanguk kan kepala dan berfikir, mungkin aku bukan lah sepandai mana atau secantik mana. Tapi aku rasa kan diri aku belum cukup sempurna.

Mungkin pemikiran aku agak sedikit cetik. Tapi masa berlalu dan aku makin matang, aku cuba untuk mentafsir diri aku sendiri. Setelah apa yang aku lalui kini, baru aku menyedari bahawa selama ini aku hanya bergantung harapan kepada orang. Kini aku mula menjadi diri sendiri dengan melakukan sesuatu tanpa mengharap bantuan orang lain. Usaha sendiri sehingga lah aku betul-betul memerlukan.

Aku cuma masih di dalam kebuntuan.

Owh Kehidupan


Kadang-kala terasa boring jika kehidupan sentiasa di dalam keadaan yang sama. Tiada perubahan yang membuatkan kita berasa seperti kehidupan sentiasa berubah. Kalau tak paham tak apa. Biar yang menaip sahaja yang paham.

Apalah nama kehidupan jika tiada dugaan. Manusia di jadikan berlainan rupa, kadang kala kita tersalah pandang dan mengangap ia adalah ia. Bermaksud, sekali pandang macam dia, tapi dua kali pandang owh rupa nya lain. Jadi jangan la kita cepat mentafsir atau mempercayai sesuatu perkara yang kita belum pasti.

Setiap apa yang berlaku, pasti ada balasan serta pengajaran. Cuba lah menjadikan diri sendiri walaupun kadang-kala kita harus mendengar kata orang. Ambil yang jernih buang yang keruh.Pedulikan kata mereka yang hanya ingin melihat kita tersungkur atau terjatuh.Meraka yang melakukan sedemikian hanya dengki.

Jangan sesekali mudah berputus asa, kerana manusia sentiasa melakukan kesilapan. Yang paling penting, kenalah selalu ingat pada tuhan, asal usul kita, mereka yang membesarkan kita dan kesilapan yang berlalu di jadikan pengajaran.

sekian.

Owh Tidakkkk