Saturday, February 14, 2009

Lalala...


Lalala... Aku suka giler Lalallaa..


Baik dan best..


Lalalal.. kadang-kadang macam poyo..


Tapi boleh la..


Tak paham??


Hanya yang tahu, akan paham ;p

Wednesday, February 11, 2009

Lagu + Cinta = Kehidupan...




Korang rasa betul ke kehidupan hanya ada bila lagu dan cinta bersatu?

Memang tidak di nafikan, bila tiada lagu atau irama, dunia akan sunyi sepi, dan bila cinta pun tiada maka hidup ini akan sentiasa di dalam keadaan tercari-cari.

Tetapi iema lihat dunia sekarang ini, lagu dan irama seolah sudah tidak wujud, maksudnya, lagu yang menarik tetapi irama nya tidak kena langsung.

Suara artis-artis sekarang kadang-kadang iema tengok macam tak ok pun dapat jadi penyanyi, bukan nak cemburu, tapi ini lah hakikat nya.

Jangan lah marah kalau ada yang tidak setuju, tapi apa pun iema hanya memberi sedikit pandangan.

kepada korang yang rasa-rasa tak puas hati boleh la bagi tahu kat iema ye.

Apa pun iema tetap sokong industri kecil artis di Malaysia ini. Sebab Malaysia tetap no satu (1) di hati iema shaker..





Sekian..

Yang menaip Iema Shaker..

CICAK (2)


Hai hai semua, ingat lagi tak cerita iema mengenai cicak yang melekat di belakang botol pelembut kain?. Kalau tak ingat pergi baca balik. Tapi yang pastinya sekarang ini iema nak bagi tahu korang yang, pagi tadi iema mengintai belakang botol pelembut.

Cicak tu dah tak ada. Tak tahu siapa yang buangkan.
Nanti iema cuba tanya dengan mak iema.
Tunggu.. :)


Sekian.

Iema Shaker

Apa yang korang paham mengenai Cinta?

Pernah tak korang membuat senarai mengenai CINTA?.

Apa itu Cinta?. Kenapa mesti berCinta?

Siapa yang mula-mula anda Cintai?

Adakah Cinta anda berbalas?

Apa akan terjadi kepada manusia andai Cinta sudah tidak ada lagi?

Cinta Cinta Cinta, kenapa mesti berCinta?





Cicak

Pada hari isnin lalu, ada satu kejadian yang tak lah pelik sangat. Tetapi kejadian ini membuat kan iema susah nak tido. Dua hari dua malam tau nak lupakan peristiwa ini.

Macam ni, pagi-pagi macam biasa lah bangun dalam kul 6.00. Pergi toilet basuh muka dan ambil wuduk nak solat subuh. Sesudah solat, iema sambung la tido kejap ;). Dalam pukul 7 lebih iema bangun balik. Macam biasa bangun tido, kemas katil dulu, pastu terus ke toilet nak mandi la, dalam setengah jam pastu habis.

Kemudian masuk bilik pakai pakaian, Parents iema keluar pagi-pagi pergi minum, adik keje, kakak tak bangun lagi. Iema pergi ke dapur dan menuang kan air ke dalam gels, duduk dan minum. Kemudian macam biasa la iema tengok kain kalau dah basuh nak letak dalam bakul, nak sidai.

Iema tengok dah habis basuh, iema pun letak lah kain-kain tersebut ke dalam bakul. Kemudian iema ambil baju yang belum basuh letak dalam mesin basuh, selepas itu iema letak sabun, dah letak sabun iema letak la pelembut. Ni lah mulanya kejadian. Masa iema ambil pelembut iema tak ada perasan apa-apa,tapi masa iema letak balik botol pelembut kat atas rak, tiba-tiba iema terdengar bunyi lebih kurang macam ni la (ploot). Aaaaaaaaah iema macam terkejut, and iema pun usya la belakang botol tu, rupa-rupa nya iema tak perasan ada CICAK!. Iema tolak botol tadi dah kena cicak. Cicak tu terpenyik dan melekat di dinding.

Ieeee seram pun ada, masa menaip ini pun bulu roma tangan iema pun naik. Masih terbayang-bayang la cicak tu. Geli la, sampai sekarang belum ada yang buang :D
kalau korang berani datang lah rumah iema, tolong buang kan CICAK! yang terlekat belakang botol ;)

Cukup di sini sahaja...

Sekian.

Iema Shaker ;)

Tuesday, February 10, 2009

Sungguh Ku Tak Sangka!

Hari ini iema ingin berkongsi sedikit cerita.. Tak ada lah menarik sangat, tapi boleh la..
Dalam 3 bulan lepas, iema dan keluarga pergi menghadiri sebuah majlis perkahwinan (dah jemput kena lah pergi). Iema pun macam biasa lah, kalau nak keluar pergi mana-mana, mesti kena bersiap, makup and cuba menjadi yang terbaik dari yg terbaik ;p (macam mana tu?).

Bila tiba hari yang berikut,
iema pun lupa so bila mak ingat kan baru la kelam kelibut nak siap. Sebab dah lewat. So iema pun berlari-lari anak menuju ke bilik iema, mecari baju kurung yang menarik warnanya, serta bentuk nya ;D. Setelah itu, iema terus menuju ke tempat untuk mengosok baju kurung tersebut. Dah siap gosok baju kurung, iema cari pulak tudung yang sesuai untuk baju kurung.

Setelah baju dan tudung bergosok, iema pun menutupkan suiz 'sterika' tersebut. Kemudian iema letak kan baju kurung dan tuduk di dalam bilik, iema menuju ke bilik air untuk mandi (sempat tau). Setelah selesai mandi manda, iema masuk ke dalam bilik dan memakai pakaian yang telah iema sediakan ;D...

Selesai memakai baju kurung serta kain hahah,
iema pun mengikat rambut dengan kemas dan bermulalah sesi make-up ;). Kali ini iema hanya mengenakan make-up uang simple aja. Mula-mula letak pelembab, cream uv, sedikit faoundation, dan sedikit bedak tabur. Kemudia iema membuat garisan nipis di atas titian mata ;) (eyeliner la). Setelah itu iema mengepit bulu mata, lalu meletakan sedikit maskara. Lipstik sikit dan akhir sklai letak kan sekali lagi bedak tabur. Yeaa dah siap jugak akhir nya make-up.

Kemudian
iema mengambil tudung@ selendang dan meletakkan dengan kedudukan yang betul, dan pin kan dengan rapi. Setelah itu, iema pun macam biasa lah mengambil gambar ;D.
Di sebab kan mak pun dah banyak kali panggil, so tak boleh lama2 menghadap cermin. Adik-adik iema pun dah siap lama (lelaki biasa lah).

Iema menujuk ke belakang, tempat rak kasut.
Iema membuka pintu rak kasut tersebut lalu mencari-cari kasut tumit tinggi yang sesuai untuk baju kurung yang iema pakai. Selalu nya iema ske pakai selipar je. Tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba hari itu iema beria-ia nak sangat pakai kasut yang bertumit. Iema pun mencapai kasut tumit tersebut lalu mambawa keluar rumah. Iema pun menyarung kan dengan indah di kaki iema yang comel. Masuk ke dalam kereta.

Ok lah di pendek kan cerita, setelah sampai di dewan perkahwinan tersebut,
iema dah keluarga turun dari kereta dan menuju ke lif. Di sebab kan lif masa tu rosak, jadi kenalah menaiki tangga yang ada. Naik dengan begitu barhati-hati, takut terjatuh. Setelah sampai waaah lega sungguh rasa, sebab sejuk sangat. Orang pun ramai yang telah tiba. Iema dah keluarga selepas bersalaman dengan tuan rumah, terus menuju ke tempat mengambil makanan. Lapar yang teramat sangat. Kemudian duduk di meja yang mak pilih ;).

Setelah selesai makan nasi, minum air dan makan pencuci mulut,
iema dah keluarga terpaksa mengangkat bontot untuk pulang ;p kerana babah ada hal lain.
Kalau dah naik tadi menggunakan tangga, jadi turun pun kena lah menggukan tangga yang sama.
Iema dan keluarga jalan menuju ke tangga untuk pulang. Sewaktu turun meneruni tangga, babah ada bertembung dengan rakan-rakan lama, lalu bersembang sambil berjalan, adik-adik iema jalan di sebelah iema, mak pula di hadapan iema. Ada seorang rakan babah tengah main handphone sambik meneruni tangga (posisi di hadapan mak iema).

Sambil
iema turun tangga, tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja, iema punya kaki terlungsur ke hadapan lalu terjatuh 3 anak tangga, melutut terus. Dengan keadaan orang yang agak ramai, ada yang baru datang, semua nampak dan terdiam. Iema yang malu terus bangun dengan muka ala-ala biasa aja, senyum dan tertawa malu. Kemudia ada lah rakan babah yang menggunakan handphone tadi bertanya ' ok ke dik' lalu iema menjawab 'ok thanks'. Kemudia dia tolong iema bangun dan iema pun memberi senyuman. Kemudia tinggal lagi satu tangga yang perlu turun, iema dan mak iema. Mak iema di belakang, iema di hadapan, tiba-tiba sekali lagi iema mengelusur jatuh. Erm time tu apa lagi mula la nak mencarut.. tutttt.
Mak
iema terkejut lalu tegelak ;p

Iema kemudian mencampakkan kasut tumit tersebut, dan pergi dengan berkaki ayam. Ada jugak la orang yang nampak. Punya lah geram nak buat macam mana kan. Bila masuk dalam kereta adik-adik iema dan parents pun gelakan iema. Iema memang nak buang kasut tu sebab tu iema tinggalkan kat situ, tak sangka pulak babah iema ambik.

Bila sampai di rumah
iema pun terus rasa sakit-sakit kaki, terseliuh. Lama jugak sakit ni dalam 3 hari. Alhamdulillah akhir nya semua ok. tak ada lah memudaratkan. Sekarang ni kasut tu masih ada, dah tak nak pandang ;p..

So pengajaran di sini, kadang-kadang kata hati kita tak semestinya betul. So bila tepuk dada, jangan tanya.. hahaha...

Sekian..

Yang menaip
Iema Shaker ;)

2009

'Learn to Love yourself'